Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung padam sepenuhnya

Pasukan bomba mengambil masa tidak sampai tiga jam untuk mengawal kebakaran yang berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung pada Ahad.
Pasukan bomba mengambil masa tidak sampai tiga jam untuk mengawal kebakaran yang berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung pada Ahad.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Kebakaran melibatkan longgokan sampah di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung di sini berjaya dipadam sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang pada malam Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.13 malam itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.29 malam.

Menurutnya, kebakaran berlaku di fasa tiga tapak pelupusan berkenaan melibatkan longgokan sampah setinggi kira-kira enam meter, dengan anggaran keluasan keseluruhan tapak adalah 12.9 hektar

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.13 malam sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.29 malam dengan operasi ‘overhaul’ diteruskan bagi memastikan tiada sisa api yang berpotensi mencetuskan kebakaran semula.

"Daripada keluasan tersebut, dianggarkan 0.09 hektar atau 0.72 peratus kawasan telah terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kebakaran melibatkan longgokan sampah setinggi kira-kira enam meter, dengan anggaran keluasan keseluruhan tapak adalah 12.9 hektar.
Kebakaran melibatkan longgokan sampah setinggi kira-kira enam meter, dengan anggaran keluasan keseluruhan tapak adalah 12.9 hektar.

John Sagun berkata, operasi memadamkan kebakaran diketuai oleh Pegawai Penguasa Bomba, Mohd Khairul Anuar Kamaruddin bersama kekuatan 25 anggota termasuk Ketua Balai dari BBP Nibong Tebal, serta dibantu BBP Sungai Bakap, Bayan Baru dan Penanti.

Katanya, komander operasi telah mengaplikasikan konsep RECEO dengan anggota menjalankan kerja-kerja memunggah sisa pepejal menggunakan dua unit jengkaut bagi memudahkan serangan terus ke punca api serta membina ‘fire break’ bagi menghalang kebakaran daripada merebak.

Artikel Berkaitan:

"Operasi turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS), pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta agensi luar termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Antara PBS yang terlibat ialah PBS Juru, Sungai Jawi, Nibong Tebal, Valdor, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Batu Maung, Permatang Tinggi, Kota Permai, Cross Street, Jawi, Kepala Batas, Kampung Jawi dan Berapit," katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.51 pagi Isnin selepas kawasan kejadian disahkan selamat.

Ringkasan AI

  • Kebakaran longgokan sampah di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung Nibong Tebal berjaya dipadam sepenuhnya oleh JBPM Pulau Pinang
  • Kebakaran yang berlaku pada jam 8.13 malam itu dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.29 malam
  • Longgokan sampah setinggi enam meter di fasa tiga tapak pelupusan terlibat dalam kebakaran dengan keluasan 12.9 hektar
  • Operasi memadam kebakaran diketuai oleh Mohd Khairul Anuar bersama 25 anggota bomba dan dibantu oleh BBP dari beberapa kawasan serta Pasukan Bomba Sukarela
  • Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini dan operasi ditamatkan pada jam 5.51 pagi Isnin selepas kawasan kejadian disahkan selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!