Kereta nombor ganjil dilarang di New Delhi

Orang ramai berjalan kaki di New Delhi. - Foto: REUTERS / Adnan Abidi
Orang ramai berjalan kaki di New Delhi. - Foto: REUTERS / Adnan Abidi
A
A
A

NEW DELHI - Pihak berkuasa India melarang penggunaan kereta dengan nombor akhir ganjil di jalan raya dalam usaha mengurangkan pencemaran udara berbahaya di kota.

Penguatkuasaan ke atas kenderaan persendirian itu dilaporkan sehingga 15 November ini dan kerajaan India juga telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam.

Ini berikutan keadaan kualiti udara yang mencecah paras terburuk iaitu pada 494 pada skala 500, lapor pemantau kerajaan.

Berdasarkan Indeks kualiti udara Kedutaan Amerika Syarikat, bacaan yang melebih 500 boleh menyebabkan gangguan jantung dan paru-paru yang serius dan kematian pramatang pada yang berpenyakit serta orang tua.

Pencemaran pada tahap ini juga bermaksud risiko yang serius terhadap sistem pernafasan penduduk umum.

Ekoran pelaksanaan itu pemandu dengan nombor plat angka genap dikatakan bertuah.

Menurut Wartawan Reuters, trafik kelihatan lancar dan pemandu mematuhi arahan tersebut serta tidak kelihatan kenderaan dengan angka ganjil di jalan raya.

Bagaimanapun perkhidmatan 'Ride-hailing' dikecualikan daripada peraturan dan kedua-dua Uber dan Ola telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengenakan kenaikan harga sepanjang tempoh pelaksanaan itu. -Agensi

Artikel Berkaitan: