X

Kindly register in order to view this article
!

PSM nafi campur tangan

jk
A
A

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) menafikan campur tangan dalam kemelut membabitkan pasukan Penang Black Panthers dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2019.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh berkata, PSM tidak pernah masuk campur dan tiada kena mengena dengan kemelut yang melanda pasukan itu.

"PSM menafikan sekeras-kerasnya terlibat ataupun campur tangan dalam urusan pasukan Penang Black Panthers seperti yang disiarkan," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bekas Pengurus Penang Black Panthers, Abd Hafiz Abd Majid mengesahkan beliau serta staf kejurulatihan termasuk empat pemain menarik diri daripada pasukan Penang Black Panthers atas alasan tiada persefahaman dengan PSM.

Difahamkan, kemelut tersebut berpunca daripada campur tangan PSM yang menggugurkan dua jurulatih Penang Black Panthers tanpa melakukan perbincangan dengan pengurusan pasukan itu.

Menurut sumber, perbincangan diadakan dengan PSM untuk cuba mengekalkan kedua-dua jurulatih itu, namun PSM tetap dengan pendirian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Campur tangan PSM jadi punca kemelut?