Tiga rumah kedai musnah terbakar

Tiga premis termasuk kedai membaiki televisyen musnah 90 peratus dalam kebakaran pagi tadi.
Tiga premis termasuk kedai membaiki televisyen musnah 90 peratus dalam kebakaran pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiga rumah kedai musnah dalam kebakaran dekat belakang Balai Polis Kuala Ketil kira-kira jam 2.48 pagi tadi.

Kebakaran membabitkan kedai membaiki televisyen, kedai menjual bunga dan sekolah memandu.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Saad berkata, kemusnahan meliputi 90 peratus bagi setiap satu rumah kedai.

Menurutnya, tindakan pemadaman menggunakan satu aliran dan dua pancutan membabitkan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Aman Jaya serta dibantu pasukan bomba sukarela Kuala Ketil.

"Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dikawal pada jam 03:10 pagi tadi," katanya.

Kedai membaiki televisyen antara yang hangus dalam kebakaran awal pagi tadi di Kuala Ketil.
Kedai membaiki televisyen antara yang hangus dalam kebakaran awal pagi tadi di Kuala Ketil.

Artikel Berkaitan: