Wanita antara 9 Pati ditahan

Hamim bersama penduduk menyuarakan bantahan terhadap pelantikan ketua kampung baharu ketika berhimpun pada 29 Disember lalu.
Hamim bersama penduduk menyuarakan bantahan terhadap pelantikan ketua kampung baharu ketika berhimpun pada 29 Disember lalu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seramai sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk seorang wanita ditahan Maritim Malaysia kerana cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui jalan tidak diwartakan di pesisir Pantai Telok Gong di sini, semalam.

Pengarah Maritim Melaka & Negeri Sembilan, Kapten Maritim Amran Daud berkata, penahanan dibuat hasil risikan dan operasi bersama antara Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijalankan kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

"Bot tersebut dikesan berada dalam keadaan mencurigakan disyaki digunakan bagi mendaratkan Pati di kawasan tidak diwartakan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan warga Indonesia termasuk seorang wanita dan seorang warga Bangladesh yang dipercayai pasangan suami isteri," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kesemua Pati berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959.

"Mereka diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.

"Ini merupakan kes pertama penahanan Pati yang dilaksanakan di ambang tahun baharu 2019," katanya.

Jelasnya, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bersama jabatan dan agensi berkaitan dalam usaha meminimumkan aktiviti jenayah rentas sempadan serta kesalahan di zon maritim negara ini khasnya di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan kecemasan yang berlaku di perairan Melaka dan Negeri Sembilan menerusi Pusat Operasi Maritim di talian 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.