Mayat wanita dikerat ditemui di tempat pembuangan sampah

KOTA KINABALU - Penduduk di sekitar perumahan Taman Indah Permai di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat di tempat pembuangan sampah pada pagi Khamis.
Mayat tersebut dipercayai ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut kira-kira jam 7 pagi.
Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.
Setakat ini, pihak polis masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan terhadap penemuan mayat tersebut.
AKAN MENYUSUL
Ringkasan AI
- Penduduk Taman Indah Permai digemparkan dengan penemuan mayat wanita dikerat
- Mayat ditemui pekerja lori sampah sekitar jam 7 pagi
- Anggota badan mayat dikerat dan dimasukkan dalam plastik sampah hitam
- Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
