18 premis urut diserbu

Penguatkuasa melakukan serbuan di beberapa premis urut, kelmarin.
Penguatkuasa melakukan serbuan di beberapa premis urut, kelmarin.
A
A
A
SEGAMAT - Sebanyak 18 premis yang menjalankan perkhidmatan urut tradisional diserbu oleh penguatkuasa daerah melalui operasi bersepadu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Masni Wakiman berkata, operasi yang turut melibatkan Pejabat Daerah Segamat dan imigresen itu telah diketuai oleh Penolong Pegawai Kuatkuasa MPS, Adlan Esha.

Menurutnya, sebanyak sembilan kesalahan dikesan hasil serbuan di premis kawasan Bandar Segamat dan sekitar utara bandar Segamat iaitu Taman Yayasan dan Jementah.

“Hasil operasi di premis-premis berkenaan, beberapa kompaun dikeluarkan iaitu langgar syarat lesen (2), kesalahan iklan (6), kesalahan lesen karaoke (1) dan kesalahan di bawah imigresen iaitu membabitkan lima pekerja warga asing yang ditahan untuk siasatan.

“Dalam pada itu, terdapat lima premis yang gagal diperiksa akibat terputus bekalan elektrik pada malam itu selain tiga lagi premis tidak beroperasi tanpa sebab diketahui,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Mohd Masni berkata, operasi malam kelmarin yang bermula seawal jam 9 malam itu berakhir pada jam 12 tengah malam dan pemeriksaan selanjutnya akan dibuat terhadap premis-premis yang tutup pada malam berkenaan.

Katanya, ini bagi memastikan tiada pengusaha pusat urut tradisional yang terlepas daripada pemeriksaan kesemua pihak berkenaan.

“Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan tiga jabatan kerana ia membabitkan peraturan dan undang-undang ketiga-tiga jabatan tersebut dan bukan oleh MPS semata-mata sebagaimana yang mungkin disalahertikan oleh pihak tertentu,” katanya.