MPS roboh stor simpan jentera dibina atas tanah rizab

Tindakan penguatkuasaan oleh MPS terhadap struktur bangunan terbuka yang dibina tanpa kebenaran atas tanah rizab pada Khamis.
Tindakan penguatkuasaan oleh MPS terhadap struktur bangunan terbuka yang dibina tanpa kebenaran atas tanah rizab pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Pemilik sebuah syarikat yang membina stor penyimpanan jentera tanpa kebenaran di atas tanah rizab dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada Khamis.

MPS dalam satu kenyataan berkata, struktur bangunan terbuka di Kampung Desa Aman itu telah dirobohkan selepas pemiliknya gagal mematuhi dua notis peringatan yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurutnya, tindakan tegas itu dilakukan susulan aduan yang dikemukakan penduduk sekitar selain pemantauan dijalankan oleh MPS.

Tindakan penguatkuasaan oleh MPS terhadap struktur bangunan terbuka yang dibina tanpa kebenaran atas tanah rizab pada Khamis.
Tindakan penguatkuasaan oleh MPS terhadap struktur bangunan terbuka yang dibina tanpa kebenaran atas tanah rizab pada Khamis.

"Operasi bersepadu dijalankan Jabatan Bangunan MPS diketuai pegawai, Azman Hisyam Kamarudin bersama 45 anggota MPS beserta kakitangan Tenaga Nasional Berhad serta polis.

"Tindakan diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (AKTA 133) kerana mendirikan struktur tanpa kebenaran di atas tanah rizab, " katanya pada Khamis.

MPS memaklumkan, operasi selama sejam pada jam 10 pagi itu berjalan lancar tanpa sebarang halangan atau provokasi daripada pemilik struktur bangunan dan orang awam.

Menerusi kenyataan sama, MPS mengingatkan pemilik bangunan untuk peka dan mematuhi undang-undang serta standard keselamatan struktur bangunan yang ditetapkan begi mengelak tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: