Sorok dalam tong sampah, ikan busuk

Seorang lelaki cuba menyorok di sebalik bakul dan tong di Pasar Borong Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Seorang lelaki cuba menyorok di sebalik bakul dan tong di Pasar Borong Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup menyorok sambil menghidu bau busuk ikan dan sampah semata-mata mengelak ditahan pihak berkuasa ketika serbuan di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini awal.

Bagaimanapun, cubaan kolot itu gagal apabila mereka ditahan anggota Jabatan Imigresen ketika operasi bersepadu pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, seramai 500 orang diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 392 ditahan termasuk 10 wanita berusia 23 hingga 45 tahun.

Anggota penguat kuasa menemui warga asing yang bersembunyi.
Anggota penguat kuasa menemui warga asing yang bersembunyi.

"Ada yang melarikan diri bersembunyi di dalam kotak dan bawah lori bagi mengelak dicekup. Mereka yang ditahan ialah warga Myanmar, Indonesia, India, Nepal, dan Pakistan.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah, tinggal di Malaysia melebihi tempoh dan memiliki pas atau permit perjalanan palsu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi selama dua jam bermula jam 4 pagi itu membabitkan 131 pegawai dan anggota Imigresen Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian PATI ditahan dalam operasi bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur selama dua jam.
Sebahagian PATI ditahan dalam operasi bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur selama dua jam.