Pengsan tengok rumah roboh

Penduduk menunjukkan rumah mereka yang dirobohkan semalam.
Penduduk menunjukkan rumah mereka yang dirobohkan semalam.
A
A
A

PAYA JARAS - Seorang penduduk pengsan kerana terlalu sedih apabila rumahnya dirobohkan untuk pelebaran Sungai Kedondong bagi mengatasi masalah banjir kilat di sini semalam.

Penduduk, Suria Talib, 54, berkata, rumah yang diduduki itu dibina menggunakan hasil pendapatan dia sekeluarga.

"Bukan senang nak ada macam rumah yang sebegini. Sekali semuanya musnah macam tu, saya pengsan pagi tadi (semalam) sebab terlalu sedih.

"Saya berdoa urusan saya sekeluarga dipermudahkan selepas ini. Saya pun dah mula cari rumah sewa, memang kena cari kalau tak, nak tinggal kat mana lagi," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Operasi perobohan sembilan rumah yang bermula jam 7.30 hingga 10.30 pagi itu membabitkan kira-kira 50 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Kediaman yang dirobohkan semalam adalah baki daripada 46 rumah di plot C dan D yang dibina atas tanah rizab sungai.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 27, berkata, tiada apa lagi yang mampu diungkapkan sebaliknya hanya memohon doa kepada ALLAH supaya diberikan kekuatan bagi menempuh hari mendatang.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa sedang menjalankan kerja perobohan di lokasi semalam.
Pihak berkuasa sedang menjalankan kerja perobohan di lokasi semalam.

"Rumah yang saya duduki ini dibina dengan jerih perih sendiri, tapi sekarang musnah dengan sekelip mata. Apa daya saya mampu lakukan, saya hanya pasrah.

"Tadi (semalam) mereka jalankan kerja perobohan sembilan buah rumah termasuk rumah saya kira-kira jam 8.30 pagi. Kami di sini memang sedih namun kami terpaksa akur dengan apa yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pejabat Daerah Petaling mengeluarkan notis pindah kepada penduduk terlibat.

"Kita kena mulakan projek ini kerana tiada pilihan disebabkan tapak mula projek adalah pada plot C dan D.

"Ada beberapa rumah yang masih kita pertahankan sebelum ini kerana ada anak-anak mereka yang mengambil peperiksaan. Sekarang sudah masanya tindakan perobohan dijalankan," katanya.

Antara rumah penduduk yang dirobohkan dalam operasi yang dijalankan hari ini.
Antara rumah penduduk yang dirobohkan dalam operasi yang dijalankan hari ini.

Pada September lalu, sebanyak 37 rumah yang dibina atas tanah rizab sungai dirobohkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Pihak berkuasa juga sudah memberi tempoh lanjut kepada 56 pemilik rumah lain sebelum dirobohkan bagi membolehkan anak mereka menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Rumah diroboh, kami terpaksa tinggal dalam khemah'

Rumah dirobohkan mengikut prosedur, kata ADUN Paya Jaras

Penduduk tinggal dalam khemah sehingga Isnin

'Nak bagi pampasan apa? Itu rizab sungai, kata ADUN Paya Jaras