'Nak bagi pampasan apa? Itu rizab sungai, kata ADUN Paya Jaras

Mohd Khairuddin berkata dalam ucapan pada program Kempen Derma Darah sempena Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan Sidang Media Everest Base Camp Trekking Challenge 2019 di SACC Mall di sini hari ini.
Mohd Khairuddin berkata dalam ucapan pada program Kempen Derma Darah sempena Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan Sidang Media Everest Base Camp Trekking Challenge 2019 di SACC Mall di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman menegaskan kerajaan tidak akan memberi pampasan kepada penduduk yang terlibat dalam kerja pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir di sini.

Menurutnya, tidak timbul isu berkaitan pampasan kerana tanah tersebut merupakan rizab sungai yang mana bukan digunakan untuk pembangunan.

"Nak bagi pampasan apa? Itu rizab sungai melainkan itu tanah kerajaan untuk pembangunan, yang ni kita nak buat pembesaran sungai. Ini bukan untuk membuat duit sebaliknya untuk ribuan orang ramai yang selama ini terkesan akibat banjir.

"Fokus utama kita adalah mahu menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk di beberapa buah kampung ini. Kalau nak pampasan cari tanah yang mana kerajaan boleh bayar pampasan, itu rizab sungai kita tak bayar apa-apa," kata Mohd Khairuddin Othman menegaskan kerajaan tidak akan memberi pampasan kepada penduduk yang terlibat dalam kerja pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir di sini.nya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada program Kempen Derma Darah sempena Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan Sidang Media Everest Base Camp Trekking Challenge 2019 di SACC Mall di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya bersedia berdepan proses perundangan sekiranya penduduk terlibat mampu membuktikan terdapat antara mereka yang memiliki geran tanah seperti yang didakwa.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat kononnya penduduk yang rumahnya terbabit dalam operasi perobohan mempunyai geran tanah kekal dan kerajaan negeri bertindak kejam kerana tidak memberi pampasan tunai.

“Daripada 92 rumah itu, hanya satu rumah saja yang ada geran dan rumah itu pun tidak terbabit dalam kawasan bagi pelebaran sungai. Semua yang lain tiada geran.

Artikel Berkaitan:

“Berapa banyak kata ada pegang geran, yang terbabit adalah 92 rumah, dari jumlah itu berapa ramai kata ada geran? 90? 80? 60, kalau mereka kata ada geran dan mendakwa kerajaan bertindak zalim, kita ada forum mahkamah, boleh tuntut daripada mahkamah kalau betul itu geran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Paya Jaras: Jawatankuasa bertindak dakwa ADUN putar belit fakta

Terdahulu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Paya Jaras Hilir, Azroy Abdul Manaf berkata, pihaknya terkilan kerana kerajaan masih berdolak dalik dan mengelirukan penduduk berhubung isu bayaran pampasan.

"Ramai menganggap penduduk menerima pampasan dan rumah namun hingga kini tiada keputusan dibuat, sudahlah rumah kami diroboh dan penduduk ditindas supaya berpindah tanpa sebarang pampasan.

“Segala janji yang dibuat adalah palsu dan tidak masuk akal menyebabkan penduduk tertekan, sebahagian rumah penduduk mempunyai geran tanah tetapi terpaksa dirobohkan tanpa sebarang pampasan,” katanya.