Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang

Banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Georgetown, pada Sabtu.
Banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Georgetown, pada Sabtu.
A
A
A

GEORGETOWN - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi Sabtu mengakibatkan beberapa kawasan di bahagian pulau di sini, dilanda banjir kilat selain berlaku insiden pokok tumbang.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan memaklumkan antara kawasan yang terjejas ialah di Jalan P Ramlee, Jalan Langkawi dan Taman Rampas di Sungai Pinang.

No Image Caption

Turut terkesan Jalan Perak, Lilitan Stadium, Persiaran Perak dan Jalan Hassan Abbas di Teluk Bahang.

"Beberapa tempat terbabit mengalami kenaikan paras air dan bertakung.

"Orang awam dinasihati supaya merancang perjalanan dan berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, " katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman facebook rasmi MBPP, pada Sabtu.

MBPP turut melaporkan perkembangan mengenai kerja pembersihan akibat kejadian pokok tumbang yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.

Antara tempat yang berlaku insiden itu di Gelugor, Jalan Loh Poh Heng dan Taman Bukit Saujana di Paya Terubong.

"Kerja pemangkasan, pengalihan dan pembersihan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dan Skuad Pantas MBPP.

"Orang ramai diminta berhati-hati ketika berada di luar rumah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!