SPRM diminta siasat isu kenaikan pangkat

Akmal (tiga,kanan) selepas melaporkan kes dakwaan berlaku salah guna kuasa oleh individu berpangkat ketua jabatan di sebuah PBT di negeri ini, di pekarangan SPRM, Alai, di sini, hari ini.
Akmal (tiga,kanan) selepas melaporkan kes dakwaan berlaku salah guna kuasa oleh individu berpangkat ketua jabatan di sebuah PBT di negeri ini, di pekarangan SPRM, Alai, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Gerakan Prihatin Parlimen Jasin meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang individu berpangkat ketua jabatan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu berkaitan kes salah guna kuasa.

Pengerusinya, Dr Akmal Saleh berkata, ia berikutan tersebar sepucuk surat di media sosial yang mendakwa individu berkenaan meluluskan permohonan melonggarkan syarat seorang kakitangan untuk kenaikan pangkat kepada Gred N44 secara terus tanpa melalui prosedur yang betul.

Menurutnya, paparan surat itu turut mengandungi tandatangan bagi pihak Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara jelas menyatakan kelulusan itu hanya terpakai kepada seorang individu dan tidak boleh dijadikan kes rujukan (precedent case) pada masa akan datang.

"Apa yang meragukan terlalu mudah surat itu mendapat kelulusan pihak berkenaan dan yakin ia bukanlah satu prosedur operasi standard (SOP) serta amalan biasa bagi mana-mana jabatan kerajaan di negara ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Pejabat SPRM Melaka di Alai di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Bilal Rahudin.

Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin berkata, ketua jabatan di PBT berkenaan turut didakwa gagal memberikan maklum balas seperti yang diminta sebelum ini sekali gus mendorong pihaknya membuat laporan terhadap SPRM.

"Surat bertarikh 26 September itu menyatakan JPA meluluskan kelonggaran syarat pelantikan seorang individu ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N44 di PBT berkenaan.

"Kelulusan kelonggaran syarat itu juga perlu dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan kandungan surat yang 'bocor' itu menimbulkan pelbagai persepsi terhadap ketelusan jabatan berkenaan dalam melantik pegawai serta kakitangan untuk berkhidmat di PBT tersebut.