Juruteknik dipercayai minta rasuah diberkas SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang juruteknik ditahan selepas disyaki meminta rasuah sebanyak RM1,500 daripada seorang pemilik rumah sebagai balasan tidak mengeluarkan saman atas kesalahan mencuri bekalan elektrik.

Menurut sumber, suspek berumur lingkungan 20-an itu merupakan kakitangan syarikat vendor kepada sebuah syarikat utiliti tenaga elektrik ditahan kira-kira jam 5.30 petang di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor.

"Suspek disyaki menghubungi seorang lelaki yang menyatakan meter di rumahnya telah terlibat dengan kecurian elektrik dan boleh dikenakan denda sebanyak RM16,000.

"Sebagai balasan untuk tidak dikenakan sebarang denda, suspek telah meminta wang sebanyak RM1,500, bagaimanapun suspek telah menerima RM1,000 setelah lelaki terlibat meminta agar nilai sogokan tersebut dikurangkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi permohonan reman jam 9 pagi Sabtu.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya.

Artikel Berkaitan: