Isu Paya Jaras: Jawatankuasa bertindak dakwa ADUN putar belit fakta

Antara kediaman yang dirobohkan menerusi operasi yang dilaksanakan di kawasan berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Rabu lalu. Gambar kecil: Azroy
Antara kediaman yang dirobohkan menerusi operasi yang dilaksanakan di kawasan berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Rabu lalu. Gambar kecil: Azroy
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras Hilir mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman cuba memutarbelitkan beberapa fakta berhubung isu perobohan kediaman penduduk berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras.

Pengerusinya, Azroy Manaf berkata, kenyataan Mohd Khairuddin menerusi temu bual bersama sebuah portal berita tempatan hari ini yang menyatakan bahawa terdapat 28 buah rumah telah dikosongkan sewaktu operasi tersebut adalah tidak benar.

Menurutnya, kenyataan itu tidak boleh diterima berikutan beliau sendiri tidak berada di lokasi kejadian sewaktu perobohan tersebut.

"Ada penduduk masih berada di dalam rumah dan penguat kuasa yang ditempatkan di lokasi telah mengeluarkan barangan mereka sebelum merobohkan rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azroy berkata, Mohd Khairuddin juga cuba memutarbelitkan fakta apabila mengatakan 85 peratus penduduk di sini adalah berstatus penduduk tetap (PR).

Beliau turut membidas kenyataan Mohd Khairuddin yang mengatakan pihaknya hanya meminta untuk tidak merobohkan kediaman penduduk mempunyai anak yang sedang menduduki peperiksaan.

"Sedangkan surat rayuan telah dihantar sebelum ini secara jelas menyatakan tiga permintaan lain dan ini menunjukkan beliau merupakan seorang yang mudah lupa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya tak lari: ADUN Paya Jaras

Artikel Berkaitan:

Rumah dirobohkan mengikut prosedur, kata ADUN Paya Jaras