X

Kindly register in order to view this article
!

Dera remaja: Polis buru guru mengaji

Keratan portal Sinar Harian.
A
A

KUALA SELANGOR - Polis masih giat memburu suspek berperwatakan alim yang memukul kanak-kanak berusia 13 tahun dalam kejadian di rumah suspek di Simpang Tiga Jeram di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, gerakan mengesan suspek berusia 26 tahun masih giat dilakukan bagi membantu siasatan kes terbabit.

"Suspek telah menghilangkan diri setelah mengetahui keluarga mangsa membuat laporan polis," katanya.

Md Asri berkata, mangsa mengenali suspek semasa Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu di Masjid Jeram.

"Mangsa belajar mengaji dengan suspek sejak bulan Mac tahun lalu pada setiap hari Isnin sehingga hari Sabtu mulai jam 8 malam sehingga jam 9.30 malam.

"Hanya mangsa seorang sahaja yang belajar mengaji dengan suspek," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja lelaki trauma diraba, didera guru mengaji

Beliau memberitahu, suspek akan mengambil dan menghantar mangsa dari rumah keluarga remaja terbabit untuk mengaji di rumahnya.

"Suspek memukul mangsa semasa tiada sesiapa di rumah terutama jika enggan mengikut arahannya.

"Mangsa lambat beritahu hal sebenar kepada keluarga kerana suspek mengugut memukul mangsa jika beritahu hal ini kepada sesiapa," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang remaja lelaki trauma akibat perbuatan jijik seorang guru mengajinya yang sering merabanya selepas mengenali lelaki itu di sebuah masjid di Jeram pada Ogos tahun lalu.

Ibunya yang ingin dikenali sebagai Rahmah (bukan nama sebenar), 36, berkata, lelaki berperwatakan alim terbabit turut melakukan perbuatan memijak dan menumbuk anaknya hingga pernah mengalami patah tangan kiri.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!