Alam Flora kutip 3.2 tan sampah selepas sambutan Ambang Tahun Baharu

KLCC mencatatkan jumlah kutipan sampah tertinggi iaitu 1.4 tan, diikuti satu tan di Bukit Bintang dan 0.8 tan di Dataran Merdeka.
KLCC mencatatkan jumlah kutipan sampah tertinggi iaitu 1.4 tan, diikuti satu tan di Bukit Bintang dan 0.8 tan di Dataran Merdeka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dianggarkan 3.2 tan sampah di Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan sekitar Menara Berkembar Petronas KLCC berjaya dikutip Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) pasca sambutan Ambang Tahun Baharu 2026.

Jumlah itu mencatatkan pengurangan dari tahun ke tahun berbanding 3.6 tan yang direkodkan pada 2025, iaitu kira-kira 11 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata, operasi pembersihan bermula jam 10 malam pada malam tahun baharu dan berakhir jam 8 pagi Khamis, demi memastikan bandar raya kembali bersih.

"KLCC mencatatkan jumlah kutipan sampah tertinggi iaitu 1.4 tan, diikuti satu tan di Bukit Bintang dan 0.8 tan di Dataran Merdeka.

“Bagi memastikan kelancaran operasi, seramai 152 anggota kerja digerakkan merangkumi kakitangan pengurusan, pasukan pra-pembersihan, pemandu dan pekerja am di tiga lokasi utama ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebahagian daripada 25 tong sampah bergerak berkapasiti 660-liter ditempatkan secara strategik di sekitar Bukit Bintang, KLCC dan Dataran Merdeka bagi memudahkan pembuangan sisa dengan teratur semasa sambutan Tahun Baharu.
Sebahagian daripada 25 tong sampah bergerak berkapasiti 660-liter ditempatkan secara strategik di sekitar Bukit Bintang, KLCC dan Dataran Merdeka bagi memudahkan pembuangan sisa dengan teratur semasa sambutan Tahun Baharu.

Shariman Yusuf turut memberitahu, tiga unit lori kompaktor digunakan bagi menyokong operasi kutipan sisa pepejal serta pancuran air bertekanan tinggi untuk membersihkan kaki lima, khususnya di kawasan tumpuan ramai.

Tambah beliau, sebanyak 36 unit tong sampah mudah alih berkapasiti 660 liter dan 25 unit dengan kapasiti 240 liter ditempatkan di lokasi strategik bagi memudahkan usaha pelupusan sampah yang lebih teratur.

Artikel Berkaitan:

"Kutipan sampah pada tahun ini secara keseluruhan berada dalam keadaan terkawal, terutamanya di Bukit Bintang.

“Jumlah kehadiran orang awam di setiap lokasi berbeza, bergantung kepada pilihan mereka untuk berkumpul bagi meraikan sambutan.

"Walaupun begitu, Alam Flora tetap komited memastikan persekitaran bersih dan sihat semasa setiap sambutan agar Kuala Lumpur terus menyerlah sebagai bandar yang meriah serta sesuai didiami," ujar beliau.

Tambahnya lagi, operasi sedemikian mencerminkan dedikasi berterusan Alam Flora terhadap kelestarian alam sekitar dan kebersihan bandar, selari misi syarikat dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menyumbang kepada masa depan lebih hijau.

"Inisiatif ini juga selaras dengan komitmen Malakoff terhadap operasi yang bertanggungjawab, berpandukan tonggak perniagaan kumpulan serta aspirasi Malakoff Environmental Solutions.

"Seiring Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-11, iaitu menjadikan bandar dan penempatan masyarakat inklusif, selamat, berdaya tahan serta mampan," kata Shariman Yusuf.

Ringkasan AI

  • Dianggarkan 3.2 tan sampah di Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan KLCC dikutip selepas sambutan Ambang Tahun Baharu 2026
  • Pengurangan jumlah kutipan sampah dari tahun ke tahun, dari 3.6 tan pada 2025 kepada 3.2 tan
  • Operasi pembersihan oleh Alam Flora bermula jam 10 malam hari tahun baru dan berakhir jam 8 pagi
  • Seramai 152 anggota kerja digerakkan dengan tiga unit lori kompaktor untuk operasi pembersihan
  • Inisiatif ini mencerminkan dedikasi Alam Flora terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!