Remaja tembak mati lapan kanak-kanak, pengawal keselamatan sekolah

Seorang ibu menenangkan anaknya selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah di ibu negara Serbia, Belgrade, pada hari Rabu. Foto AFP
Seorang ibu menenangkan anaknya selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah di ibu negara Serbia, Belgrade, pada hari Rabu. Foto AFP
A
A
A

BELGRADE - Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak yang juga pelajar dan pengawal keselamatan di sebuah sekolah di ibu negara Serbia, Belgrade terbunuh selepas ditembak oleh seorang remaja lelaki.

Dalam insiden yang berlaku sebaik waktu persekolahan bermula itu turut menyebabkan menyebabkan beberapa mangsa lagi cedera.

Suspek iaitu remaja lelaki berusia 13 tahun itu yang juga pelajar di sekolah tersebut berkenaan didakwa telah merancang serangan itu selama beberapa minggu dan mempunyai "senarai membunuh", kata pegawai polis dalam sidang media yang suram.

Remaja itu juga membuat lakaran pada sekeping kertas mengenai perancangan insiden itu.

Motif serangan masih dalam penyiasatan, kata polis lagi.

Sebaik selesai melakukan tembakan itu berlaku, remaja berkenaan juga telah menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan, lapor portal berita CNN.

Kejadian yang jarang dan mungkin belum pernah berlaku di sebuah negara dengan undang-undang pemilikikan senjata yang ketat, namun, kadar pemilikan senjata yang tinggi, menggemparkan masyarakat tempatan dan di luar negara.

Menurut CNN, tembakan itu bermula sebaik pelajar-pelajar tiba untuk memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Vladislav Ribnikar - institusi terkenal di Vračar di sebuah kawasan mewah di ibu negara Serbia.

Sejurus kedengaran tembakan berkenaan, ibu bapa yang masih berada di pekarangan sekolah bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Polis Belgrade, Veselin Milić dalam sidang media berkata, kesemua mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada tujuh kanak-kanak perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang pengawal keselamatan.

Seorang daripada kanak-kanak perempuan yang terbunuh itu merupakan warganegara Perancis, kata Kementerian Luar Negeri Perancis.

Sementara mangsa lain yang cedera iaitu enam kanak-kanak dan seorang guru telah dimasukkan ke hospital, kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Serbia.

Dalam insiden yang berlaku sebaik waktu persekolahan bermula itu turut menyebabkan menyebabkan beberapa mangsa lagi cedera. Foto AFP
Dalam insiden yang berlaku sebaik waktu persekolahan bermula itu turut menyebabkan menyebabkan beberapa mangsa lagi cedera. Foto AFP

Media antarabangsa turut melaporkan, remaja itu didakwa telah menggunakan senjata ayahnya.

Ibu bapa suspek kemudian ditahan untuk membantu siasatan.

Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, Presiden Aleksandar Vucic menggambarkan serangan itu sebagai "hari yang paling sukar dalam sejarah moden negara tersebut."

Katanya, suspek akan dirujuk ke hospital mental.

Mengikut undang-undang Serbia semasa ini, remaja berkenaan tidak boleh dihukum kerana dia berusia di bawah 14 tahun.

Kerajaan turut mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bagi seluruh negara bermula Jumaat ini. - Awani