Polis buru suspek samun emas RM1.8 juta

Tujuh kilogram emas bernilai kira-kira RM1.8 juta dipercayai dilarikan dua lelaki bertopeng dalam kejadian samun di lorong belakang Kedai Emas Nur Jannah di sini pada Rabu.
Tujuh kilogram emas bernilai kira-kira RM1.8 juta dipercayai dilarikan dua lelaki bertopeng dalam kejadian samun di lorong belakang Kedai Emas Nur Jannah di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA PILAH - Polis giat mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun emas seberat tujuh kilogram bernilai RM1.8 juta di lorong belakang Kedai Emas Nur Jannah di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.30 pagi yang memaklumkan dua pengedar barang kemas telah disamun.

"Hasil siasatan awal mendapati dua suspek memakai topeng muka,bersenjatakan parang panjang dan menggunakan dua buah kereta jenis Toyota Camry warna putih dan Toyota Corolla Altis warna perak dengan nombor pendaftaran disyaki palsu.

"Kes ini masih dalam siasatan polis dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Pilah 06- 4842999.