Tuah penjual roti puri, wajah seiras PU Riz

Muhammad Hanif (kiri) dikatakan memiliki rupa paras saling tak tumpah seperti pendakwah bebas, PU Riz atau Muhammad Haris Ismail.
Muhammad Hanif (kiri) dikatakan memiliki rupa paras saling tak tumpah seperti pendakwah bebas, PU Riz atau Muhammad Haris Ismail.
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa sangka memiliki rupa paras salin tak tumpah seperti pendakwah bebas, PU Riz atau Muhammad Haris Ismail yang juga suami kepada Neelofa, mampu menarik perhatian warga maya.

Itu yang dialami penjual roti puri, Muhammad Hanif Azman, 28, selepas membangunkan semula perniagaan keluarga turun-temurun sejak Mei tahun lalu.

Bekas graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga jurusan perhotelan itu berkata, dia terkejut dengan reaksi pengguna media sosial yang sering memanggilnya PU Riz, ditambah pula jualan diusahakan bersama adik-beradik kebetulan dinamakan Pu Ri’s.

Dia secara peribadi mengakui tidak pernah berasakan ada persamaan antara dirinya dengan PU Riz, namun dalam masa sama menganggap ia sekadar usikan manja warga maya.

“Saya tak rasa ada persamaan tapi mungkin pandangan atau pendapat orang lain-lain kan (dari segi bentuk muka, mata dan jambang). Jadi, saya positif sahaja.

“Meniaga roti puri ini pun kami adik-beradik bangunkan semula sejak Mei tahun lalu, iyalah masing-masing dah tamat belajar. Jadi, kawan-kawan cadang buka akaun TikTok untuk promosi dan beritahu pelanggan tentang jualan kami.

“Tak pernah buat ‘live’ TikTok sebelum ini sebab saya memang pemalu tapi cuba beranikan diri. Dari situlah ramai mengusik, mereka ingatkan Pu Riz dah tukar kerja,” katanya berseloroh ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Muhammad Hanif mengusahakan perniagaan keluarganya yang dinamakan Pu Ri's. Foto Kredit/ TikTok@aniqazman5
Muhammad Hanif mengusahakan perniagaan keluarganya yang dinamakan Pu Ri's. Foto Kredit/ TikTok@aniqazman5

Artikel Berkaitan:

Anak kedua daripada empat adik-beradik itu menambah, tak pernah terdetik di fikirannya ingin disamakan dengan PU Riz kerana bimbang ia mungkin mengguris hati atau mengganggu privasi pendakwah tersebut.

Katanya lagi, soalan yang sama asyik diajukan kepadanya dari tahun lepas sehingga sekarang, namun pemuda asal Sungai Petani, Kedah itu tidak pernah lelah untuk menjawab.

Selepas menjadi bualan ramai di TikTok, Muhammad Hanif atau mesra dipanggil Aniq memaklumkan ramai yang berminat untuk menjadikannya menantu memandangkan masih bujang.

“Ada yang datang ke gerai untuk membeli tapi dalam masa sama, bertanya-tanya kalau saya dah berkahwin ke belum.

“Mak cik mak cik pun sama, siap tanya ‘kalau nak buat menantu boleh ke?’ Saya layankan saja.

“Tapi saya respons baik-baik dan cakap pada mereka yang setakat ini saya mahu tumpukan pada bisnes selepas terhenti sekejap pada 2015 lalu. Belum terdetik nak berumahtangga lagi,” ujarnya.

Perniagaan Pu Ri’s diusahakan Muhammad Hanif terletak di Taipan Square Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Ringkasan AI

  • Muhammad Hanif Azman tarik perhatian netizen kerana mirip PU Riz
  • Memulakan semula perniagaan keluarga menjual roti puri sejak Mei tahun lalu
  • Tak pernah rasa ada persamaan dengan PU Riz tetapi anggap usikan netizen sebagai positif
  • Usaha perniagaan dilakukan bersama adik-beradik dan promosi melalui TikTok
  • Masih bujang dan pernah ditawarkan untuk menjadi menantu oleh pelanggan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!