Kastam rampas arak seludup bernilai RM135,316

Mohammad Hamiddan (kiri) dan Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama (M)Aminuddin Abdul Rashid (dua dari kiri) melihat minuman keras yang dirampas pada sidang media di Menara Kastam Johor hari ini.
Mohammad Hamiddan (kiri) dan Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama (M)Aminuddin Abdul Rashid (dua dari kiri) melihat minuman keras yang dirampas pada sidang media di Menara Kastam Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas sebanyak 2,172 botol dan 1,200 tin minuman keras tidak bercukai bernilai RM135,316.97 dalam dua penahanan berasingan pada 16 September lalu.

Seramai 10 warga Indonesia ditahan bersama 2,172 botol minuman keras dalam sebuah kapal tongkang pada jam 2.45 petang di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, barangan tidak bercukai itu disembunyikan dalam ruangan kargo yang bungkus dalam kotak dan dibaluti plastik hitam.

"Nilai dagangan minuman keras dirampas RM19,404 dan jumlah cukai RM94,416.17. Kita masih siasat arah tujuan kapal kayu itu hendak ke mana dan kapal itu milik warga Indonesia.

"Kesemua orang disyaki berusia 22 hingga 50 tahun masih direman dan hari ini kita sambung reman di Mahkamah Majistret Kota Tinggi," katanya pada sidang media di Menara Kastam Johor hari ini.

Operasi ini dilaksanakan Pasukan Marin Kastam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sementara itu, dalam kes kedua, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan selepas pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Taman Austin, Johor Bahru menemui 1,2000 tin bir disyaki tanpa cukai.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati sejumlah 50 karton minuman keras disyaki barang larangan dengan nilai dagangan RM3,000 dan cukai RM18,496.80.

Artikel Berkaitan:

"Lelaki itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis lalu dan mahkamah benarkan jamin RM7,000," katanya.

Kes pertama disiasat di bawah Seksyen 49(1) manakala kes kedua disiasat di bawah 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Orang ramai digesa terus menyalurkan maklumat berhubung kes-kes penyeludupan kepada JKDM bagi mengelakkan kerugian kepada negara.