Polis Singapura rampas aset penjenayah bernilai RM3.41 bilion

Polis merampas mata wang Singapura dan asing dalam sebuan serentak di republik itu. - Agensi
Polis merampas mata wang Singapura dan asing dalam sebuan serentak di republik itu. - Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Polis Singapura merampas aset bernilai kira-kira S$1 bilion (RM3.41 bilion) termasuk rumah serta kereta mewah dan wang tunai dalam sindiket pengubahan wang haram yang dianggap terbesar di republik tersebut.

Seramai 10 orang suspek ditahan dalam operasi tersebut dan semuanya memegang pasport warga asing.

Serbuan seumpama itu jarang berlaku di Singapura kerana negara tersebut mempunyai kadar jenayah terendah di dunia.

Pasukan Polis Singapura berkata, serbuan serentak diadakan di seluruh negara pada Selasa.

Tambahnya, kira-kira 94 buah rumah dan 50 kenderaan mewah telah disita manakala suspek berusia 31 hingga 44 tahun ditahan kerana terbabit dalam pengubahan wang haram. Polis turut merampas pasport dari China, Kemboja, Turkiye dan Vanuatu.

Kumpulan itu disyaki turut terbabit dalam dalam aktiviti jenayah terancang di luar negara termasuk penipuan dan perjudian atas talian.

"Kami tidak bertolak ansur kerana menggunakan Singapura sebagai tempat selamat kepada penjenayah," kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komersial, David Chew. - Agensi

Artikel Berkaitan: