Tunku Mahkota Ismail dijangka rasmi sidang DUN Johor esok

Pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor dijangka dirasmikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada Khamis.
Pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor dijangka dirasmikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dijangka berangkat menyempurnakan pembukaan rasmi bagi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 pada Khamis.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Tunku Mahkota Ismail akan menyampaikan titah pembukaan Persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

"Persidangan (DUN) Johor akan berlangsung selama lima hari sehingga 16 Mei depan.

"Seramai 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Johor daripada pihak kerajaan dan pengimbang akan membahaskan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sepanjang persidangan DUN berlangsung," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sidang DUN Johor kali ini akan menjadi tumpuan kerana pertama kali akan dirasmikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Kedudukan ADUN pada sidang DUN Johor menyaksikan BN menguasai 40 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN selepas menang majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Mac 2022.

Sementara Pakatan Harapan (PH) 12 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) satu kerusi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: