Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA TINGGI - Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga, setakat jam 8 pagi Ahad.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.

"PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang itu dibuka susulan hujan lebat berterusan melebihi tempoh dua jam, semalam," menurutnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, setakat ini, paras air di lima sungai utama di daerah ini masih berada pada tahap normal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora dalam satu kenyataan berasingan mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran terutama di kawasan yang dinaiki air. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: