Projek RM450 juta diluluskan kerajaan terdahulu

Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di Perdana Putra hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kiri). - Foto Bernama
Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di Perdana Putra hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kiri). - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Projek Bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan yang bernilai RM450 juta diluluskan melalui rundingan terus oleh kerajaan terdahulu kepada PDM Builders Sdn Bhd.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada tender baharu melalui rundingan terus diberikan kepada syarikat terbabit.

"Anda melihat nota yang saya tulis (yang tular) itu adalah projek yang diberikan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, sekiranya syarikat berkenaan sanggup mengurangkan kos, tiada tender baharu dikeluarkan.

"Apa yang saya katakan, jika sanggup kurangkan kos, tidak perlu tender baru. Ini adalah kesinambungan projek daripada kerajaan terdahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali ke-10 di pejabatnya di sini hari ini.

Baru- baru ini, sepucuk surat didakwa mempunyai kaitan dengan penganugerahan projek secara rundingan terus diberi kepada sebuah syarikat untuk pembinaan bangunan itu tersebar di media sosial.

Isnin lalu, surat daripada syarikat berkenaan yang tertulis nota tulisan tangan Perdana Menteri memaklumkan tidak perlu tender baharu jika PDM Builders dapat mengurangkan kos memandangkan projek telah diberikan kepada syarikat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, terdapat keperluan untuk membenarkan perolehan secara rundingan terus bagi tujuan dan keadaan tertentu seperti pembelian peralatan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Sebagai contoh, sekiranya aset atau peralatan tersebut hanya boleh dibekalkan oleh satu syarikat sahaja," katanya.

Bagaimanapun, rundingan terus tersebut perlu dinyatakan alasan dan mendapat kebenaran daripada Kementerian Kewangan.

"Begitu juga dengan tender terbuka dan tender terhad (hanya dalam keadaan tertentu),” katanya.