BHIC peroleh dua kontrak berkait kapal selam TLDM bernilai RM140 juta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ANAK syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES), menerima surat lantikan bagi dua kontrak berkaitan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM140 juta.

Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas Perdana Menteri TLDM bernilai RM99.8 juta, kata BHIC dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Tempoh kontrak itu adalah selama 11 bulan bermula dari 15 Mac 2023 sehingga 14 Februari 2024.

Dalam makluman berasingan kepada bursa, kumpulan itu berkata, BSES juga memperoleh lanjutan kontrak penyelenggaraan kemudahan kapal selam untuk TLDM bernilai RM40.2 juta.

Tempoh kontrak adalah selama 12 bulan bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

"Kontrak rasmi antara kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dimeterai kemudiannya,” kata BHIC.

Kumpulan itu berkata, kedua-dua kontrak tersebut akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan BHIC Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. - Bernama