Semua 220 sekolah, IPT di Tangkak, Muar ditutup esok

Pekan tangkak mengalami jerebu ketika tinjauan Bernama hari ini.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my menunjukkan bacaan 208 iaitu paras sangat tidak sihat ketika gambar ini dirakam pada 5 petang tadi. - Foto Bernama
Pekan tangkak mengalami jerebu ketika tinjauan Bernama hari ini. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my menunjukkan bacaan 208 iaitu paras sangat tidak sihat ketika gambar ini dirakam pada 5 petang tadi. - Foto Bernama
A
A
A

TANGKAK - Semua institusi pengajian tinggi (IPT) dan kira-kira 220 sekolah di sini dan Muar ditutup esok kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan tahap sangat tidak sihat iaitu melebihi 200 petang ini.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata, penutupan itu melibatkan 129 sekolah di sini dan 89 di Muar, selain turut melibatkan IPT antaranya kolej matrikulasi.

"Penutupan ini melibatkan lebih 40,000 pelajar dan kita minta ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka supaya tidak benarkan berada di luar sepanjang masa.

"Bagaimanapun semua pengetua, guru besar, guru dan petugas sekolah lain bertugas seperti biasa esok," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kira-kira 50,000 topeng penutup hidung dan mulut kepada sekolah di Tangkak dan Muar di sini hari ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU di sini mula mencatat IPU sangat tidak sihat iaitu 203 pada 7 pagi tadi dan mencatat bacaan 208 pada 5 petang ini.

Aminolhuda berkata, pihaknya akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memantau tahap kualiti udara.

"Sekolah serta IPT yang terlibat akan dibuka semula setelah kualiti udara bertambah baik," katanya.

Di BATU PAHAT, Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, kerajaan Johor membuka satu pusat gerakan di Tangkak petang ini bagi memantau keadaan jerebu di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pemandangan di sekitar pekan tangkak kelihatan kabur akibat jerebu yang melanda negara ketika tinjauan Bernama hari ini. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my menunjukkan bacaan 208 iaitu paras sangat tidak sihat ketika gambar ini dirakam pada 5 petang tadi. - Foto Bernama
Pemandangan di sekitar pekan tangkak kelihatan kabur akibat jerebu yang melanda negara ketika tinjauan Bernama hari ini. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my menunjukkan bacaan 208 iaitu paras sangat tidak sihat ketika gambar ini dirakam pada 5 petang tadi. - Foto Bernama

Katanya, bilik gerakan yang dikendalikan Jabatan Kesihatan mula beroperasi pada 3 petang ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu melebihi bacaan sangat tidak sihat.

Beliau berkata, bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 150 sememangnya ada keperluan untuk membuka pusat gerakan.

“Sehingga 3 petang tadi, ada beberapa kawasan yang menunjukkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Segamat 144, Kluang 130, Batu Pahat 119, dan Larkin 115,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Johor 2019, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz.

ARTIKEL BERKAITAN: IPU sangat tidak sihat: Aktiviti harian di Tangkak berjalan seperti biasa

Mohd Khuzzan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata, bagi kawasan yang mempunyai bacaan IPU berisiko, kerajaan negeri ada menyediakan topeng muka yang diletakkan di klinik kesihatan.

“Orang ramai boleh mendapatkan topeng muka ini secara percuma di klinik kesihatan berhampiran,” katanya.

Mengenai sambutan Minggu Kesihatan Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019, Mohd Khuzzan berharap pelbagai pihak bekerjasama bagi membudayakan amalan penyusuan susu ibu.

“Mengikut rekod, aktiviti penyusuan bayi ini menunjukkan peningkatan daripada 34.2 peratus pada tahun 2011 kepada 64.3 peratus pada tahun 2018, dan ia terus menunjukkan peningkatan kepada 68.1 peratus sehingga Ogos lepas.

“Ianya telah melepasi Petunjuk Prestasi (KPI) kementerian dan bagi terus memperkasakan aktiviti ini sebanyak 11 hospital dan 97 klinik kesihatan di Johor telah dijadikan Hospital dan Klinik Rakan Bayi,” katanya. - Bernama