Perut terburai ditikam rakan

Baharudin menunjukkan wajah suspek yang kini diburu pihak polis berkaitan kes kematian seorang lelaki warga asing.
Baharudin menunjukkan wajah suspek yang kini diburu pihak polis berkaitan kes kematian seorang lelaki warga asing.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki warga asing maut ditikam di bahagian perut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakannya di sebuah rumah kedai berdekatan Dataran Automobil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa yang berumur lingkungan 27 tahun dan bekerja di sebuah kilang berhampiran terburai isi perut akibat tikaman itu.

"Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku pertengkaran antara mereka mengakibatkan mangsa dipercayai ditikam di bahagian perut.

"Suspek kemudiannya melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Menurutnya, suspek sudah dikenal pasti ialah warga Myanmar berumur 36 tahun dan sedang diburu polis untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Baharudin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran.

Suspek yang dicari.
Suspek yang dicari.

Artikel Berkaitan: