Polis kesan Saiful Bahari

Saiful Bahari Abdul Aziz
Saiful Bahari Abdul Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi penting dalam satu kes yang disiasat di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu berkenaan adalah Saiful Bahari Abdul Aziz berusia 41 tahun.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai atau mengenali penama berkenaan diminta menghubungi Inspektor Wan Ahmad Zakiman Wan Ismail di talian 013-7117025," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: