Suffian dilantik Ketua JSPT Kuala Lumpur

Suffian (kanan) dilantik Ketua JSPT Kuala Lumpur baharu pada Selasa.
Suffian (kanan) dilantik Ketua JSPT Kuala Lumpur baharu pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Asisten Komisioner Suffian Abdullah dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada Selasa.

Suffian menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.

Majlis serah terima tugas di Dataran Balai Polis JSPT Kuala Lumpur pada selasa dimulakan dengan pemakaian pangkat, menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara Suffian dan Mohd Zamzuri.

Fadil berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Mohd Zamzuri di atas khidmat bakti sepanjang memikul amanah sebagai Ketua JSPT Kuala Lumpur hampir tiga tahun.

"Saya imerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Zamzurinatas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti sepanjang menerajui JSPT Kuala Lumpur.

"Segala usaha dan kepimpinan yang telah dicurahkan, khususnya dalam memastikan kelancaran pengurusan trafik, mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta menangani pelbagai isu keselamatan jalan raya di ibu negara, amatlah dihargai," katanya.

Menurutnya, tanggungjawab menerajui sebuah jabatan yang mempunyai peranan besar dalam menguruskan pergerakan trafik di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur bukan sesuatu yang mudah.

"Ia menuntut ketegasan, kebijaksanaan membuat keputusan serta keupayaan mengimbangi aspek penguatkuasaan dengan kepentingan masyarakat.

"Segala pencapaian dan sumbangan yang telah ditinggalkan diharapkan menjadi asas yang kukuh untuk diteruskan dan dipertingkatkan oleh kepimpinan seterusnya," katanya.

Fadil turut mengucapkan tahniah kepada Suffian atas pelantikan sebagai Ketua JSPT Kuala Lumpur yang baharu.

"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kepimpinan yang dimiliki, Suffian mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan jabatan ini serta membawa pembaharuan yang bersesuaian dengan keperluan dan cabaran semasa.

"Saya berharap agar seluruh warga JSPT Kuala Lumpur memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada kepimpinan baharu demi memastikan segala perancangan serta agenda jabatan dapat dilaksanakan dengan jayanya," ujarnya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!