Mohd Najwan ditauliah Leftenan Muda Askar Wataniah

Pentauliahan Mohd Najwan berlangsung dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Pegawai Tauliah Kehormat dan Pegawai Tauliah Baharu Askar Wataniah di Wisma Perwira, Kem Sungai Besi pada Selasa.
Pentauliahan Mohd Najwan berlangsung dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Pegawai Tauliah Kehormat dan Pegawai Tauliah Baharu Askar Wataniah di Wisma Perwira, Kem Sungai Besi pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pentauliahan sebagai Leftenan Muda Askar Wataniah Malaysia menjadi pembakar semangat kepada Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi untuk terus bergiat aktif, menyumbang bakti dan berkhidmat dengan sebaiknya dalam pasukan itu.

Menurut Mohd Najwan, pentauliahan berkenaan berlangsung dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Pegawai Tauliah Kehormat dan Pegawai Tauliah Baharu Askar Wataniah di Wisma Perwira, Kem Sungai Besi pada Selasa.

"Majlis itu disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Dalam hantaran sama, Mohd Najwan merakamkan penghargaan kepada Panglima Briged Kesebelas Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Safwan Ismail atas dorongan dan sokongan sepanjang tempoh beliau menjalani latihan serta mengikuti kursus sebagai anggota pasukan simpanan.

Penghargaan turut ditujukan kepada Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Ridzwan Shoib dan Timbalan Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mukhriz Kamarudin serta para pegawai dan staf Rejimen 502 Askar Wataniah.

"Tidak dilupakan juga buat isteri dan keluarga yang sentiasa menyokong serta memahami komitmen dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!