Isu Gojek: Pemandu teksi bimbang bakal hilang mata pencarian

Kerajaan disarankan mengambil pandangan pemandu teksi terlebih dahulu sebelum melaksanakan perkhidmatan Gojek. (Gambar kecil: Kamarudin)
Kerajaan disarankan mengambil pandangan pemandu teksi terlebih dahulu sebelum melaksanakan perkhidmatan Gojek. (Gambar kecil: Kamarudin)
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek di negara ini akan menyebabkan pemandu teksi hilang mata pencarian.

Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain berkata, keputusan tersebut tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira pandangan pemandu teksi terlebih dahulu.

“Keputusan ini akan menyebabkan mata pencarian pemandu teksi akan hilang dan lebih teruk keselamatan pengguna terjejas dan berisiko tinggi.

“Kami amat kecewa dan terkilan kerana masalah teksi e-hailing pun tak mampu diselesaikan, inikan pula perkhidmatan teksi motosikal. Apa hendak jadi dengan industri pengangkutan awam di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kamarudin berkata, pihaknya tidak menolak kemajuan teknologi, namun kerajaan perlu memastikan perkhidmatan yang diperkenalkan itu mestilah mengikut lunas undang-undang dan menjaga keselamatan penumpang.

“Jika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh luangkan masa bertemu dengan menteri Kabinet bagi mendengar penerangan tentang teksi motosikal, sepatutnya Dr Mahathir juga meluangkan masa berjumpa kami dan mendengar segala masalah kami,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: GoJek bantu anak muda dapat peluang pekerjaan

Artikel Berkaitan: