Apa jasa awang hitam kepada Malaysia?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PERNAHKAH anda mendengar awang hitam yang datang ke Malaysia memberikan sumbangan yang besar kepada negara kita?

Mereka datang sebagai pakar inovasi untuk mencipta pelbagai alat bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia. Ataupun mereka datang membantu rakyat Malaysia yang hidup susah dengan melakukan pelbagai kerja kebajikan.

Jika ada sekalipun, ia tidak mampu menandingi tahi-tahi yang dibuat oleh awang hitam yang datang berkelana membuat masalah di Malaysia.

Lihatlah apa yang berlaku sejak golongan berkenaan hadir ke negara kita. Semua kes jenayah berat dan membimbangkan pasti membabitkan awang hitam.

Daripada kes bunuh, bergaduh, dadah, pelacuran dan macam-macam lagi semuanya berkait rapat dengan mereka.

Kes-kes jenayah dan macam-macam komplot lagi melibatkan penipuan jutaan ringgit wang rakyat tempatan, rata-ratanya dalangnya adalah awang hitam.

Malah, jika sudah menguasai sesebuah kawasan, penduduk tempatan akan hidup dalam ketakutan dek sikap mereka yang kurang ajar, sering membuat bising dan mabuk.

Paling terkini mereka bukan sahaja bertindak samseng, malah mencabar undang-undang kita apabila menyerang sepasukan pegawai dan anggota polis di Flora Damansara, Petaling Jaya Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:

Polis dipukul, dipijak dan ditumbuk pada muka oleh sekumpulan awang hitam ketika cuba menahan lima suspek dipercayai terlibat dalam kes penipuan.

Walaupun polis telah bertindak dengan menahan suspek, namun apa yang berlaku jelas menunjukkan mereka sudah berasa besar kepala.

Adakah kita mahu menunggu sampai keadaan makin parah baru mahu bertindak dengan lebih agresif?

Cukuplah onar-onar yang dibuat mereka terhadap kita. Tanyalah kepada mana-mana anggota polis dan imigresen yang pernah uruskan awang hitam ini, semuanya berhadapan pengalaman memeritkan.

Kerajaan buatlah sesuatu sebagai pengajaran keras buat mereka supaya kita tidak dianggap sebagai negara yang mempunyai bangsa lembik dan boleh diperdaya setiap masa.