Pelaburan asing bukan tiket atasi undang-undang

Premis Network School di Forest City Iskandar Puteri.
Premis Network School di Forest City Iskandar Puteri.
A
A
A

MALAYSIA sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing yang mampu merancakkan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan serta membawa masuk kepakaran teknologi dan bakat antarabangsa.

Namun, keterbukaan itu tidak bermakna pelabur atau organisasi boleh beroperasi tanpa mematuhi undang-undang dan kepentingan keselamatan negara.

Kontroversi Network School di Forest City, Johor memperlihatkan bagaimana sebuah komuniti teknologi yang pada awalnya dilihat berpotensi menghidupkan kawasan berkenaan akhirnya berdepan tindakan penguatkuasaan.

Program berkonsepkan Learn, Burn, Earn, Fun itu menawarkan keahlian bermula AS$1,500 sebulan merangkumi penginapan, makanan, kemudahan kecergasan, ruang kerja dan aktiviti komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan warga Israel sertai Network School di Forest City, Onn Hafiz gesa siasatan menyeluruh

Syabas rakyat Malaysia prihatin tentang Network School

Batal lesen, permit Network School jika langgar undang-undang - Tunku Mahkota Ismail

Bagaimanapun, operasinya mula mendapat perhatian selepas tular dakwaan bahawa terdapat warga Israel menyertai program tersebut menggunakan pasport negara kedua.

Isu pelesenan menjadi faktor utama yang membawa kepada penutupan operasinya selepas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat lesen perniagaan dan penggunaan premis.

Artikel Berkaitan:

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kerajaan negeri menyokong sepenuhnya keputusan MBIP selepas mengambil kira laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan dan representasi bertulis yang dikemukakan syarikat berkenaan.

Onn Hafiz turut menjelaskan Johor kekal terbuka menerima pelaburan berkualiti yang menyumbang kepada ekonomi, membuka peluang pekerjaan dan menyokong pembangunan negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Network School didapati langgar syarat pelesenan

Network School tangguh pelaburan baharu di Malaysia, pengasas mohon jaminan kerajaan

Isu Network School: Ahli Kongres AS desak semak hubungan AS - Malaysia

Namun, beliau mengingatkan bahawa tiada pelabur, syarikat atau organisasi boleh diletakkan lebih tinggi daripada kedaulatan undang-undang negara.

Pendirian itu penting kerana nilai sesebuah pelaburan tidak seharusnya menjadi alasan untuk memberikan pengecualian terhadap undang-undang atau melonggarkan syarat kawal selia yang dikenakan kepada entiti lain.

Isu Network School akhirnya menjadi peringatan bahawa usaha menarik pelaburan teknologi perlu diseimbangkan dengan pematuhan undang-undang, keselamatan sempadan dan kedaulatan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!