Pelanggan gempar restoran terbakar

Nadya Syahera memuat naik insiden itu di laman Instagram miliknya. Gambar kecil: Nadya Syahera
Nadya Syahera memuat naik insiden itu di laman Instagram miliknya. Gambar kecil: Nadya Syahera
A
A
A

SHAH ALAM - Pelanggan di sebuah restoran di Pusat Komersial Seksyen 7 di sini gempar apabila bahagian dapur premis itu terbakar malam tadi.

Difahamkan restoran terbabit milik suami pelakon Nadya Syahera Rosli dan pelakon itu turut memuat naik insiden berkenaan di laman sosial Instagram miliknya.

"Allahuakbar! Dugaan ALLAH datangkan untuk kami, Restoran The Golok Cafe terbakar. Punca daripada gas bocor.

"Alhamdulillah semua sempat selamatkan diri. Cuma ada sorang staff saja yang cedera," tulisnya.

Pelakon yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu turut memohon maaf kepada pelanggan atas kejadian tersebut.

"Minta maaf kepada semua customer yang ada semasa kejadian tadi, dan kami halalkan semua yang makan di restoran kami tadi.

"Doakan urusan kami dipermudahkan," tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran dipercayai berlaku di bahagian dapur.
Kebakaran dipercayai berlaku di bahagian dapur.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu jam 10.12 malam.

Menurutnya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama dua jentera dan satu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran berlaku di bahagian dapur dipercayai berpunca dari tong gas dan tidak melibatkan struktur bangunan.

"Setibanya anggota bomba mendapati api telah padam. Anggota kemudiannya melakukan pemantauan bagi memastikan tiada lagi kebakaran," katanya.

Tambahnya, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.