Nadma main peranan penting kendali kes Kuala Koh

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berbual dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum sidang Dewan Rakyat bermula di Dewan Rakyat di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berbual dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum sidang Dewan Rakyat bermula di Dewan Rakyat di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penglibatan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam mengendali situasi bencana di Kuala Koh, Gua Musang, telah membantu agensi itu dalam melaksana peranannya sebagai penggubal strategi, arahan dan pelan tindakan pengurusan bencana negara yang lebih berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bencana ditakrifkan sebagai bencana tahap satu itu telah diurus selaras dengan 'disaster management culture' (budaya pengurusan bencana) yang meliputi kesiapsiagaan, tindak balas dan baik pulih serta mitigasi bagi mengurangkan kesan bencana.

"Nadma juga akan mengadakan 'post-mortem' pengendalian kejadian bagi meneliti dan mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pengurusan bencana pada masa hadapan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan nasi 'berlauk' minyak masak

Beliau berkata demikian menjawab soalan Syed Ibrahim Syeh Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu sejauh mana keterlibatan Nadma dalam bencana di Kuala Koh, dan apakah peranan agensi berkenaan dalam memastikan tragedi seperti itu tidak berlaku di kawasan lain.

Dr Wan Azizah berkata, antara peranan Nadma dalam kejadian di Kuala Koh ialah merancang pelaksanaan strategi bagi menguruskan bencana melalui perbincangan teknikal di peringkat operasional dan strategik bagi mengelak bencana menjadi lebih sukar.

Beliau berkata, Nadma juga membantu menasihati Komander Operasi dalam menjadikan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sebagai pusat penyelaras bantuan awam dan menasihati Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri untuk memastikan Pusat Kawalan Operasi Bencana diaktifkan dan beroperasi dengan baik.

"Nadma juga membantu menyelaraskan atur gerak pasukan teknikal bersama tok batin, wakil penduduk orang asli, wakil pertubuhan badan kerajaan (NGO) dan media bagi mengenal pasti lokasi pengambilan sampel air serta mengatur gerak pasukan Smart (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) untuk mencari dan mengeluarkan mayat dari tempat kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengenai cadangan penggunaan teknologi seperti data ‘profiling’ kesihatan bagi mengesan setiap penyakit orang asli, Dr Wan Azizah berkata, langkah itu sukar untuk dilaksanakan kerana kehidupan mereka yang berpindah randah di dalam hutan sehingga menyukarkan data untuk dikumpul.

Namun, beliau berkata keutamaan kerajaan sekarang adalah usaha berterusan bagi meningkatkan kesedaran untuk mengubah minda masyarakat orang asli mengenai perkara asas seperti penjagaan kesihatan supaya penyakit berjangkit dapat dielakkan. - Bernama