Lelaki didakwa bantu kutip wang tanpa lesen

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi menghadapi pertuduhan membantu mengutip wang tanpa lesen.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi menghadapi pertuduhan membantu mengutip wang tanpa lesen.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas pertuduhan membantu mengutip wang tanpa lesen awal Julai lalu.

Tertuduh, Tay Chia Hao, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret V Vanita selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, Chia Hao telah membantu dalam kegiatan pemberi pinjam wang tidak berlesen yang sah dengan membantu mengutip wang bagi syarikat pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen.

Perbuatan itu dilakukan pada 5 Julai 2019, kira-kira jam 12 tengah hari di tempat letak kereta bangunan Akhma, Seremban 2.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Sabit kesalahan penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM200,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian memutuskan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Azizi Abdull Aziz.

Artikel Berkaitan: