Lemak baik atasi perut buncit

A
A

MASALAH perut buncit adalah sesuatu yang normal baik dalam kalangan lelaki mahupun wanita.

Jika masalah itu tidak diatasi dengan segera bimbang ia mengundang pelbagai komplikasi penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, masalah tulang atau kolestrol tinggi.

Bagaimanapun, jangan gusar. Bagi membantu menghilangkan perut buncit khususnya selepas raya, Coach Nurulami menerusi laman sosial Instragram berkongsi tujuh tip yang boleh diamalkan.

1. Kurangkan gula

Memadai selepas Syawal menikmati pelbagai makanan dan minuman yang bergula. Mulai hari ini amalkan minum air putih secukupnya.

2. Makan lemak baik

Lupakan rendang ayam ataupun daging seketika. Cuba usahakan mengambil lemak baik daripada buah avokado dan omega-3.

3. Karbo kompleks (sayuran, bijirin)

Karbo kompleks yang cukup serat membuatkan kenyang lebih lama. Selain itu antara rahsia perut kempis lebih cepat adalah dengan mengambil serat mencukupi.

4. Minum air putih secukupnya

Setiap 25 kilogram (kg) memerlukan seliter air putih. Ini bermakna, sekiranya memiliki berat sebanyak 75 kg maka minum tiga liter air sehari. Fokus utama cukupkan pengambilan air.

5. Protein sihat (ikan, tauhu, tempe, telur, ayam)

Nikmati protein yang sihat yang dimasak dengan kaedah rebus, bakar atau panggang. Elak masakan berlemak dan bergoreng

6. Mula aktif bersenam

Tiada ada masa bersenam? Cuba kekal aktif sepanjang hari. Banyakkan bergerak dan berjalan berbanding hanya duduk.

7. Elak stres

Selepas raya ramai individu stres disebabkan berat naik, poket pula semakin 'kempis'. Jom elakkan stres, daripada memikirkan berat naik sebaliknya amalkan tip hilangkan perut buncit ini.

Selamat mencuba!

Sumber: @coach_nurulami


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia