Lelaki cabul wanita diberkas

Laporan Sinar Harian pada 3 Mei lalu. Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin
Laporan Sinar Harian pada 3 Mei lalu. Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Polis memberkas seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang wanita yang sedang berjalan di Sea Park di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan pada jam 10.15 malam di Ara Damansara di sini.

"Hasil siasatan mendapati suspek dikehendaki polis bersabit dua kes iaitu di Wangsa Maju dan Kelana Jaya," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh menghubungi Balai Polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.

Pada 3 Mei lalu, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun mendakwadicabul oleh seorang lelaki pada jam. 7.09 malam.

Mangsa sedang berjalan kaki di tepi jalan di kawasan perumahan di Sea Park telah dipeluk dari arah belakang oleh suspek yang berpakaian dan bertopi warna hitam serta memakai pelitup muka, suspek kemudian melarikan diri.