Smart Selangor Parking sudah boleh diguna di KL

Aplikasi SSP kini boleh digunakan di kawasan bawah seliaan DBKL dan beberapa PBT di negeri ini. - Gambar kecil: Ng Sze Han
Aplikasi SSP kini boleh digunakan di kawasan bawah seliaan DBKL dan beberapa PBT di negeri ini. - Gambar kecil: Ng Sze Han
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di Kuala Lumpur kini boleh menggunakan Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) di kawasan bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, PBT terbabit ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Sepang.

"SSP juga boleh digunakan di parkir berpagar (off street parking) di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Paramount, Asia Jaya, Stadium Kelana Jaya dan Gerai Peniaga Atria.

"Aplikasi ini dapat dimuat turun secara percuma dan membolehkan pengguna membuat bayaran segera dengan menggunakan kredit yang boleh ditambah nilai daripada perkhidmatan perbankan tempatan (e-Wallet)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penghargaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disini.

Menurutnya, dalam pada itu kerajaan negeri turut menawarkan promosi istimewa selama sebulan bermula hari ini hingga 9 Ogos.

“Promosi ini membabitkan RM1 tambahan kredit diberikan kepada setiap pembelian kredit RM50 hingga RM99 manakala RM3 tambahan kredit pula akan diberikan untuk setiap pembelian kredit RM100 hingga RM199.

"Tambahan sebanyak RM6 juga dikreditkan kepada pembelian RM200 hingga RM299, RM9 tambahan bagi pembelian RM300 hingga RM399 dan RM12 tambahan bagi pembelian RM400 hingga RM499,” katanya.

Artikel Berkaitan:

#SmartSelangorParkingsudahbolehdigunadiKL #SinarHarianSelangorKL SHAH ALAM - Penduduk di Kuala Lumpur kini boleh menggunakan Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) di kawasan bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini. Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, PBT terbabit ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Sepang. "SSP juga boleh digunakan di parkir berpagar (off street parking) di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Paramount, Asia Jaya, Stadium Kelana Jaya dan Gerai Peniaga Atria. "Aplikasi ini dapat dimuat turun secara percuma dan membolehkan pengguna membuat bayaran segera dengan menggunakan kredit yang boleh ditambah nilai daripada perkhidmatan perbankan tempatan (e-Wallet)," katanya. Artikel berkaitan:https://www.sinarharian.com.my/article/36705/EDISI/Selangor-KL/Smart-Selangor-Parking-sudah-boleh-diguna-di-KL LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, July 9, 2019