Tujuh lelaki ditahan kes dadah

Sebahagian dadah berjaya dirampas daripada tujuh lelaki dalam serbuan Op Bersepadu/Sarang di Felcra Changkat Lada semalam.
Sebahagian dadah berjaya dirampas daripada tujuh lelaki dalam serbuan Op Bersepadu/Sarang di Felcra Changkat Lada semalam.
A
A
A

KAMPUNG GAJAH - Seramai tujuh lelaki berusia 27 hingga 57 ditahan polis selepas terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi serbuan Op Sepadu/Sarang di sebuah ladang kelapa sawit, Felcra Changkat Lada di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua mereka ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM230.

Mohamad Zainal
Mohamad Zainal

Menurutnya, pemeriksaan merampas heroin seberat 4.8g dan methamphetamine seberat 0.41g

"Serbuan sepasukan lima pegawai dan anggota dilakukan di beberapa lokasi sekitar ladang terbabit yang menjadi tumpuan penagih untuk melepaskan gian.

"Ketika serbuan, dua suspek cuba melarikan diri selepas memperkenalkan diri sebelum berjaya ditahan. Polis menemui peralatan menghisap seperti kertas timah dan pemetik api bersama heroin seberat 0.6g," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata, seorang suspek berusia 32 tahun ditahan dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran di kawasan itu.

"Polis merampas wang tunai berjumlah RM200 dipercayai hasil jualan bahan terlarang itu.

Artikel Berkaitan:

"Enam suspek didapati positif morfin dan methamphetamine menerusi ujian saringan awal air kencing serta mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) akta sama dan Seksyen 3(1) ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.