Tahanan Filipina dakwa diberi nasi basi di depot

Migrante International mendakwa tahanan negara itu yang diusir dari Malaysia menerima layanan buruk termasuklah diberi makan nasi basi di Depot Imigresen Bukit Jalil.
Migrante International mendakwa tahanan negara itu yang diusir dari Malaysia menerima layanan buruk termasuklah diberi makan nasi basi di Depot Imigresen Bukit Jalil.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan warga asing Filipina, Migrante International mendakwa tahanan negara itu yang diusir dari Malaysia menerima layanan buruk termasuklah diberi makan nasi basi di Depot Imigresen Bukit Jalil.

Menerusi satu kenyataan semalam NGO itu mendakwa, hampir semua barang milik rakyat negara itu diambil oleh pihak berkuasa.

Kata NGO itu, salah seorang ibu yang ditahan tidak dapat menahan rasa sedih ketika menceritakan pengalaman dua minggu berada di Depot Imigresen Bukit Jalil.

Katanya, Ralyn (bukan nama sebenar) tidak boleh lupa bagaimana pemeriksaan rutin setiap lima minit dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam yang dimulakan dengan teriakan warden tahanan dan pegawai imigresen.

“Tahanan turut diberikan makanan basi dan hangus yang selayaknya untuk babi. Ralyn berkata hak mereka sebagai manusia dicabuli,” dakwa NGO itu menerusi laman webnya.

Katanya, dua wanita yang berada di depot tahanan itu juga menyifatkan sel tahanan mereka sangat kotor dan sempit.

“Mereka mendakwa tidak dibenarkan menggunakan tikar sebaliknya dipaksa tidur di lantai sejuk,” dakwa NGO tersebut lagi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene Das dilaporkan mendakwa, dua kanak-kanak yang ditahan dalam satu serbuan imigresen di Kajang pada 14 Jun sebenarnya mempunyai ibu yang mempunyai permit sah, namun tidak berada di rumah pada masa itu.

Artikel Berkaitan:

“Penahanan kanak-kanak itu melanggar Akta Kanak-Kanak 2001 dan semangat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang turut diiktiraf Malaysia,” dakwa NGO itu.

Sementara itu semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud menafikan dakwaan Tenaganita dengan menyatakan kanak-kanak yang ditahan dalam keadaan selesa kerana mempunyai kemudahan asas di pusat tahanan itu.

Memetik laporan Bernama, Khairul Dzaimee berkata, Jabatan Imigresen akan memberi keutamaan terhadap siasatan kes tahanan kanak-kanak warga asing berkuat kuasa hari ini untuk mempercepatkan proses penghantaran mereka ke negara masing-masing.

Jelasnya, seramai 363 kanak-kanak warga asing berumur bawah 12 tahun ditahan di depot tahanan seluruh negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!