Ambil syabu seawal usia 13 tahun

Seramai 12 penagih ditahan untuk tindakan AADK.
Seramai 12 penagih ditahan untuk tindakan AADK.
A
A
A

SEREMBAN - Ambil dadah jenis syabu seawal usia 13 tahun akibat terpengaruh dengan rakan.

Itu pengakuan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dalam operasi perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Seremban di beberapa lokasi di sini bermula jam 11 malam hingga 5 pagi, kelmarin.

Ketua Pegawai AADK daerah Seremban, Haspalila Husain berkata, remaja berkenaan yang ditahan di rumah keluarganya mengaku membeli dadah dengan menggunakan wang yang diminta dari ibunya.

"Remaja ini tidak lagi bersekolah dan pada masa sama tidak bekerja. Dia mengaku duit belanja yang diberi ibu dihabiskan untuk beli dadah.

"Bekalan dadah dibeli dari rakan-rakan di kawasan sekitar dan bagi elak perbuatan itu diketahui keluarga, dia akan lepas gian di luar," katanya kepada Sinar Harian.

Antara alat menghidap dadah yang ditemui.
Antara alat menghidap dadah yang ditemui.

Menurutnya, meskipun ibu bapanya terkejut kerana tidak sangka perbuatan remaja terbabit, namun mereka merelakan demi kebaikannya.

Selain itu katanya, remaja berkenaan antara 12 lelaki lain berusia sehingga 50 tahun yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah(APD) 1983.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati, 10 daripadanya positif dadah jenis methaphatamine yang mana tujuh direman selama 14 hari untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Kita akan meneruskan risikan dan operasi dalam usaha bagi menangani isu permasalahan dadah yang semakin membimbangkan terutama dalam kalangan remaja.

"Tapi, usaha ini tidak akan berhasil tanpa sokongan daripada setiap komuniti, " katanya.