Kerajaan laksana pendekatan baharu tingkat kualiti pendidikan

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik beramah mesra dengan pelajar sekolah ketika di Majlis Perasmian Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ke-63 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-63 di sini hari ini. - FOTO ROSLI TALIB
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik beramah mesra dengan pelajar sekolah ketika di Majlis Perasmian Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ke-63 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-63 di sini hari ini. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan pendekatan baharu bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini bagi memastikan pelajar bersedia menghadapi revolusi perindustrian 4.0.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pelajar perlu dilengkapkan dengan ilmu bagi memastikan mereka berdaya saing diperingkat global dan kalis masa depan.

"PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) itu yang dulu, kita akan buat sesuatu yang baru untuk tingkatkan kualiti pendidikan.

"Kita ingin ajak semua pihak bagi membantu meningkatkan penguasaan anak-anak terhadap ilmu teknologi semasa dan membolehkan mereka berdaya saing di peringkat global serta mempunyai kalis masa depan. Ia bagi memastikan pendidikan yang diberikan berkualiti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke 63 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ura-ura pelaksanaan semula PPSMI dalam sistem pendidikan Malaysia.

Semalam, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Amiruddin Awang membantah rancangan kerajaan melaksanakan semula PPSMI selepas dihentikan pada 2011.

Katanya, PPSMI bukanlah penyelesaian bagi masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan pelajar sebaliknya meminta kerajaan mengatasi masalah kebimbangan berhubung kualiti guru dan mengkaji semula silibus subjek bahasa Inggeris.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan Kabinet ada membincangkan pelaksanaan senula dasar PPSMI tetapi tiasa keputusan dibuat.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, perbincangan tersebut bersifat umum bagi mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan Kementerian Pendidikan diminta untuk mengkaji pelaksanaan semula dasar tersebut.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tindakan Kementerian Pendidikan berhubung 13 murid Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas muntah-muntah, loya serta pitam dipercayai akibat pencemaran udara, petang semalam.

Maszlee berkata, Jabatan Pelajaran Johor sentiasa memantau dengan dekat dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kenyataan semasa.

Salam kejadian tersebut empat murid disahkan berada dalam zon merah, tiga murid dalam zon kuning dan lapan orang lagi dalam zon hijau termasuk dua wanita dewasa dan kesemua mangsa berusia 7 hingga 46 tahun itu masih dalam pemantauan.

Salah seorang wanita dewasa merupakan pekerja kantin SA Taman Mawar berusia 46 tahun manakala identiti seorang lagi wanita masih belum dikenalpasti manakala kesemua murid terlibat ialah yang berada dalam kelas di tingkat atas.