ICERD: Apa pendirian AMK?

Nik Nazmi (dua,kanan) bersama Timbalannya, Dr Afif Bahardin (dua, kiri) dan Naib AMK, Mohd Radzlan Jalaludin selepas sidang media di sini, hari ini.
Nik Nazmi (dua,kanan) bersama Timbalannya, Dr Afif Bahardin (dua, kiri) dan Naib AMK, Mohd Radzlan Jalaludin selepas sidang media di sini, hari ini.
A
A
A
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) masih belum membincangkan pendirian terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Namun Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata secara peribadi senada dengan pendirian kerajaan.

"Sejujurnya kita belum bincang dalam AMK. Pendirian saya? Saya rasa kalau yang kerajaan kata ini kita boleh pertahankan kedudukan kita walau tandatangan, tak ada masalah," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menyampaikan Ucapan Dasar di Kongres Nasional AMK 2018, hari ini.

Mengulas soal ucapannya yang menyebut mengiktiraf pelbagai konvensyen hak asasi manusia antarabangsa, Nik Nazmi menegaskan ia tidak menjurus kepada ICERD semata-mata.

"Saya sentuh secara holistik bukan hanya ICERD semata-mata. Ada banyak lagi isu yang sensitif seperti pelarian Rohingya.

"Fokus saya pada perkara asas yang segera, kita ckp kenapa mereka dizalimi tapi kita tak tandatangan apa-apa," katanya.

Ketika ditanya wartawan sama ada beliau berpendapat ICERD tidak sesuai diiktiraf Malaysia, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata perkara itu perlu dilihat dengan berhati-hati

"Ramai orang cakap pasal Perlembagaan tapi mereka tak baca. Mereka cuma baca apa yang orang tulis tentang Perlembagaan.

"Ya memang ada kedudukan istimewa untuk Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak juga hak kaum lain. Kebanyakan orang baca yang bahagian pertama saja, bahagian kedua tidak dibaca.
Artikel Berkaitan:


"Jadi kita kena lihat secara holistik. Saya bukan peguam jadi saya tak akan sentuh secara dalam. Tapi kerajaan dah cakap, kita masih boleh tandatangan dan masih kekalkan hak keistimewaan itu," katanya.