KJ puji Nik Nazmi benarkan pakaian batik sepanjang minggu

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji langkah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membenarkan penjawat awam memakai pakaian batik sepanjang minggu bekerja susulan mengambil kira keadaan iklim dan keperluan kecekapan tenaga di pejabat kerajaan.

Khairy berkata, Ahli Parlimen Setiawangsa itu juga antara individu yang bijak, tidak membuang masa dalam menyelesaikan tugas serta menyerang pembangkang tanpa ada sebarang justifikasi.

“Saya telah berkata sebelum ini pada program Keluar Sekejap dan saya akan mengatakannya sekali lagi.

“Nik Nazmi adalah menteri berprestasi tinggi dalam Kerajaan Madani ini. Dia bijak, memahami kerjanya, tidak membuang masa menyerang pembangkang tanpa sebarang justifikasi dan menyelesaikan tugas.

“Cuma masalah dia sokong Liverpool. Tetapi tak apa, (kita) tidak boleh memiliki segala-galanya,” katanya dalam perkongsian siaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Pada Selasa, media melaporkan Nik Nazmi berkata, penjawat awam kini boleh memakai pakaian batik sepanjang minggu bekerja selain pada hari Khamis.

Ujar beliau, kabinet telah bersetuju dengan langkah itu memandangkan iklim dan keperluan untuk kecekapan tenaga di pejabat kerajaan.

Jelasnya, saranan menukar etika berpakaian itu juga akan dipanjangkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Artikel Berkaitan: