Tak pernah bincang cadangan hapus sekolah vernakular

Dr Wan Azizah (tengah) bergambar dengan ahli PKR yang hadir dalam majlis perasmian Dewan Yayasan Aman di Penanti, petang tadi.
Dr Wan Azizah (tengah) bergambar dengan ahli PKR yang hadir dalam majlis perasmian Dewan Yayasan Aman di Penanti, petang tadi.
A
A
A

PERMATANG PAUH - Kerajaan tidak pernah berbincang mengenai cadangan untuk menghapuskan sekolah vernakular.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebelum ini beliau pernah mendengar cadangan itu dibangkitkan namun ia tidak diusulkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet.

“Saya pernah dengar lama dah mengenai isu ini, namun kita di pihak kerajaan belum lagi bincangkan ia secara terperinci.

“Tapi sebelum ini dalam kunjungan saya ke Eropah, saya lihat masyarakat di sana boleh menguasai sehingga lima bahasa, jadi apa salahnya kita belajar bahasa Tamil dan Mandarin,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Dewan Yayasan Aman di sini petang tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Baharddin dan ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin.

Sebelum ini beberapa badan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi satu memorandum mencadangkan kepada kerajaan supaya menghapuskan sekolah vernakular di negara ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.

Memorandum itu adalah susulan daripada kenyataan Dr Maszlee mengenai kuota matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin bagi mendapat pekerjaan, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: