Golongan ekstremis bangkit kerana adanya media sosial

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, UiTM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noor menyampaikan hujah pada Wacana Sinar Siri Ke 110 yang bertajuk Setahun PH: Cabaran & Masa Depan Malaysia. - FOTO ROSLI TALIB
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, UiTM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noor menyampaikan hujah pada Wacana Sinar Siri Ke 110 yang bertajuk Setahun PH: Cabaran & Masa Depan Malaysia. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Kebangkitan golongan ekstremis sejak kebelakangan ini dipercayai bermula daripada media sosial yang tidak ketat kawalannya sehingga boleh menggugat keselamatan negara.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kebangkitan itu perlu dibendung dari awal dengan mengekalkan atau mengemaskini dasar keselamatan yang ada.

“Isu keselamatan memang menjadi dasar yang diberi keutamaan oleh kerajaan pada masa ini, namun kawalannya perlu diperketatkan agar kejadian seperti yang berlaku di Christchurch, New Zealand dan Sri Lanka dapat dielakkan.

“Pengekalan akta hasutan juga perlu ketika ini biarpun ada perdebatan mengenai pemansuhan akta tersebut, sehingga kini ia masih ada,” katanya pada Wacana Sinar Siri ke-110 bertajuk Setahun PH: Cabaran dan Masa Depan Malaysia di Dewan Karangkraf di sini, semalam.

Dalam pada itu, Noor Nirwandy berkata, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak mencukupi untuk menangani permasalahan yang terbit daripada isu ekstrimis yang boleh menggugat isu keselamatan.

“Saya difahamkan kerajaan dalam perancangan untuk menggubal Dasar Keselamatan Siber Negara yang berkaitan dengan serangan siber. Ia merupakan satu ancaman yang perlu dilihat secara serius pada hari ini dan masa ini.

“Kerana dasar akta yang kita sedia ada dalam Akta komunikasi dan Multimedia tidak mencukupi untuk menangani permasalahan yang terbit dari isu ekstrimisma yang boleh gugat isu keselamatan,” katanya.

Justeru katanya, polisi sedia ada perlu diperkemaskan agar data keselamatan dapat dinaik taraf bagi memantau golongan radikal tersebut dan mengekangnya dari awal.

Artikel Berkaitan: