Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik

Saidatul Nadia (tengah) ketika menjadi panelis Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Turut menjadi panelis, Azmi (kiri) dan Nasaie. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid
Saidatul Nadia (tengah) ketika menjadi panelis Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Turut menjadi panelis, Azmi (kiri) dan Nasaie. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid
A
A
A

SHAH ALAM - Dasar luar negara yang tidak jelas berupaya menggugat kestabilan geopolitik dan memberi kesan buruk terhadap kedaulatan Malaysia.

Pensyarah School of law and Governance Universiti Taylor's, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz berkata, menerusi beberapa kertas kajian yang dibuat mendapati undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah.

Menurutnya, negara seperti Jordan merupakan contoh terbaik kerana ketegasan dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin walaupun terdapat pergolakan politik berlaku di rantau Asia Barat.

“Kalau dasar luar negara kita sangat rapuh sesiapa pun boleh masuk ke dalam Malaysia dan tidak mustahil rakyat kita menjadi seperti Palestin di mana orang asing masuk dan menduduki negara mereka.

“Semua isu ini apabila dibuat kajian kita dapati betapa rapuhnya dasar luar Malaysia dan kita tidak bersedia menghadapi konflik seperti ini terutama isu melibatkan tuntutan Laut China Selatan oleh beberapa pihak luar.

Wacana Sinar Harian edisi 436, bertajuk
Wacana Sinar Harian edisi 436, bertajuk "Konflik Iran-Israel: Kesan kepada Malaysia" yang dihoskan Ismail (kiri). Program turut menampilkan Azmi (dua dari kiri), Saidatul Nadia dan Nasaie sebagai panelis. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid

“Kita rasa Malaysia akan aman tetapi dengan permainan geopolitik sekarang ini sangat kejam dan cepat. Tidak mustahil apa yang mereka rasa aman tadi itu tidak akan aman lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Dr Azmi Hassan dan Pensyarah School of law and Pemerhati Politik Antarabangsa, Nasaie Ismail sebagai panelis.

Dalam pada itu, menurut Saidatul Nadia, walaupun kebanyakan negara mempunyai pendapat berbeza mengenai konflik yang berlaku antara Iran dan Israel, namun perbezaan pendapat dari setiap rantau di Asia Tenggara menyebabkan isu tersebut tidak dapat disuarakan di peringkat dunia.

Tambah beliau, Malaysia, Indonesia dan Brunei antara yang giat mengecam dan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman yang dilakukan rejim Israel terhadap penduduk Gaza.

“Konteks negara di rantau Asia Tenggara tidak sama seperti Kesatuan Eropah di mana kita jarang mendapat satu suara yang sama.

“Tetapi berbeza pula seperti Thailand, Laos dan Kemboja yang tidak kisah dengan konflik yang berlaku lebih-lebih lagi isu kedaulatan dan keselamatan yang mana masing-masing mempunyai pendirian berbeza,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28