Pembeli baharu NFCorp diyakini tidak ulangi ‘salah laku’ dulu

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

PUTRAJAYA - Pembeli baharu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) mempunyai kepakaran dalam industri ruminan dan diyakini tidak akan terjebak dalam salah laku seperti dahulu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Katanya, beliau diberi keyakinan bahawa isu NFC akan berakhir tidak lama lagi apabila syarikat itu bersedia membayar balik sepenuhnya baki pinjaman NFC kepada Kementerian Kewangan.

Beliau dalam pada itu berkata, kementeriannya sedia bekerjasama dengan syarikat tempatan itu dalam membantu mereka meningkatkan tahap sara diri (SSL) pengeluaran daging tempatan.

"Kita cuma mahu mereka patuhi semua syarat ditetapkan dan tidak menjejaskan kepentingan kementerian.

“Mereka diberi ruang sepenuhnya untuk membina industri ruminan pada masa akan datang," katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail baru-baru ini dilaporkan berkata NFC sudah mempunyai pembeli baharu sejak 25 Oktober tahun lepas yang bersedia untuk membayar balik sepenuhnya baki pinjaman NFC dalam masa tiga bulan daripada persetujuan kerajaan untuk penstrukturan semula NFC.

ARTIKEL BERKAITAN: NFCorp ada pembeli baru, setuju bayar hutang pinjaman

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula dilaporkan berkata NFC belum melunaskan hutang pinjaman dengan kerajaan berjumlah RM254 juta termasuk faedah dan faedah lewat setakat 30 April 2019 dan kerajaan mahu menuntut sepenuhnya jumlah pinjaman itu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian Kewangan tuntut RM250 juta daripada NFCorp